the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Teknologi maklumat, AI main peranan penting dalam pendidikan – Raja Muda Kedah

KULIM: Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk pendidikan.

Baginda bertitah penggunaan AI dalam pendidikan dapat membantu memperkaya pengalaman pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan pengajaran.

“Sebagai contoh, AI dapat digunakan untuk mencipta bahan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan setiap murid.

“Selain itu, AI juga boleh digunakan untuk menyediakan maklum balas segera kepada murid, membantu mereka memahami konsep-konsep yang sukar dengan lebih baik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pemasyhuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sarafudin Badlishah dan Anugerah Kecemerlangan 2024 di sini hari ini.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah bagaimanapun, penggunaan teknologi AI dalam pendidikan juga membawa cabaran tersendiri dan harus digunakan dengan bijak untuk mencipta karya akademik yang benar-benar mencerminkan kemampuan dan pemahaman murid.

Baginda turut menegaskan, dalam dunia yang semakin berkembang pesat, masyarakat khususnya pelajar perlu berhati-hati dan bertanggungjawab termasuk dalam penggunaan Internet.

“Internet ialah ruang yang luas dan tidak semua maklumat yang kita peroleh adalah benar. Murid-murid perlu bijak menilai sumber maklumat dan memastikan kita hanya menggunakan bahan yang sahih dan berkualiti.

“Selain itu, media sosial juga hendaklah digunakan dengan cara yang berhemah. Ketika meninggalkan komen atau pandangan di media sosial, gunakanlah bahasa yang beradab kerana komen atau ayat-ayat kita itu mencerminkan peribadi kita,” titah baginda.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings