the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah

KUALA LUMPUR: Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.

Selama dua tahun kejohanan berlangsung, tiada pemain badminton negara dapat beraksi di separuh akhir Terbuka Malaysia selepas harapan Malaysia yang tinggal, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas di suku akhir beregu lelaki kepada Juara Dunia Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 21-16, 18-21, 13-21, di sini malam ini.

Wakil terakhir Malaysia yang menjadi Juara Jelajah Dunia Super 1000 itu ialah Datuk Lee Chong Wei yang memenangi mahkota perseorangan lelaki ke-12nya pada edisi 2018.

Dalam pertemuan suku akhir malam ini di Arena Axiata yang hampir penuh dengan penyokong, Aaron-Wooi Yik menggembirakan penyokong Malaysia dengan kemenangan 21-16 dalam set pertama tetapi beregu nombor tiga dunia itu gagal mengekalkan momentum dan membolehkan beregu Korea Selatan itu memenangi set kedua dan memaksa kepada perlawanan penentuan.

Walaupun memberikan tentangan sengit pada peringkat awal, Aaron- Wooi Yik gagal mengatasi kemaraan Min Hyuk-Seung Jae untuk memastikan slot separuh akhir menjadi milik mereka.

Pencapaian terbaik Malaysia sejak kegemilangan Chong Wei pada 2018 ialah penampilan beregu lelaki Aaron-Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam separuh akhir edisi 2022.

Terdahulu, beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir buat kali ketiga berturut-turut dalam suku akhir selepas tewas 15-21, 9-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, hari ini.

Dalam satu wawancara selepas perlawanan, Aaron berkata keterujaan untuk menang membawa padah kepada mereka.

“Saya rasa perlawanan hari ini kami bermula dengan baik tetapi dalam set kedua kami sangat teruja untuk menang dan hilang tumpuan, “ katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, Aaron berkata beliau berharap untuk dapat kembali konsisten dalam kejohanan akan datang, menyasarkan matlamat utamanya, Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos.

Dalam perlawanan separuh akhir esok, beregu pilihan keenam kejohanan Min Hyuk-Seung Jae akan berhadapan beregu pilihan kedua Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India yang menundukkan wakil China He Ji Ting-Ren Xiang Yu 21-11, 21-8 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Sementara itu, Juara Bertahan Perseorangan Lelaki Viktor Axelsen dari Denmark bangkit daripada ketinggalan dalam set pertama dengan menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long 16-21, 21-18, 21-9 untuk melangkah ke separuh akhir.

Axelsen yang merupakan pemain nombor satu dunia menjelaskan kemenangan beliau hari ini adalah lebih baik daripada kemenangannya dengan keputusan 21-17, 20-22, 21-17 dalam pusingan kedua ketika berhadapan Lee Cheuk Yiu juga dari Hong Kong.

Pemain Denmark itu juga memuji Angus yang tabah bertarung dengannya selama 61 minit.

Axelsen akan bertemu pemain pilihan ketujuh Shi Yu Qi dalam separuh akhir selepas wakil China itu menundukkan rakan senegara Lu Guang Zu 8-21, 21-11, 21-10 dalam perlawanan suku akhir.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings