the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan- Rafizi

GEORGE TOWN: Tiada kemungkinan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata segala keputusan penting telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan buat masa ini dan segala proses telah dilalui supaya tender boleh diberikan secepat mungkin.

“Kerajaan Persekutuan sekarang, saya rasa akan kekal sehingga akhir penggal. Menjelang akhir penggal, semua pemberian tender akan selesai.

“Oleh itu, saya tidak rasa ada kerajaan yang boleh ‘membalikkan’ keputusan itu kerana jika dibatalkan, kerajaan perlu membayar pampasan kepada kontraktor. Berdasarkan kemajuan yang ada sekarang, saya rasa itu yang akan berlaku,“ katanya pada Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 di sini hari ini.

Tambahnya, sesuatu projek infrastruktur mempunyai proses iaitu bermula dengan kelulusan dasar, bajet, perolehan dan kemudian pemberian tender sebelum kerja-kerja bermula.

Beliau berkata sebelum peringkat pemberian tender berlaku, pihak kerajaan masih boleh membatalkan sesuatu projek tersebut kerana ia masih belum melibatkan komitmen kerajaan kepada pihak swasta atau kontraktor.

“Namun, apabila tender sudah diberikan dan kontraktor telah dilantik, selalunya ia tidak boleh dibatalkan kerana kerajaan boleh disaman.

“Risiko sekarang, hanyalah kenaikan kos ataupun kelewatan siap, tetapi pembatalan tidak semudah itu,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings