the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Tiga individu ditahan bantu siasatan kes bunuh penuntut Universiti di Cyberjaya

SEPANG: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang penuntut universiti yang ditemukan maut di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata tangkapan dilakukan terhadap seorang lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 20 tahun. Operasi itu dilaksanakan semalam dan awal pagi Jumaat antara jam 9 pagi hingga 2 pagi.

“Tangkapan dibuat di sekitar Johor Bahru, Johor, dan Gemencheh, Negeri Sembilan, dalam tempoh 48 jam selepas laporan diterima. Kesemua suspek dipercayai mengenali mangsa,“ jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek telah difailkan di Mahkamah Sesyen pagi ini bagi memudahkan siasatan lanjut.

Norhizam menegaskan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh. Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebar maklumat palsu yang boleh mengganggu proses siasatan.

“Orang ramai dinasihati supaya tidak mengambil tindakan yang boleh melanggar undang-undang,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

No compromise on LCS project specifications and safety

Deputy Defence Minister Adly Zahari assures no safety or technical standards will be lowered for the delayed Littoral Combat Ship project ahead of handover to the navy.

Most Viewed

Pan Gon praises his ‘ mentality monsters’ for securing ACC semi-final spot

Selangor FC coach Kim Pan Gon praised his players’ mental strength after they secured an ACC semi-final spot with a 1-1 draw against BG Pathum United despite playing with 10 men

TAT Invites Visitors to follow Footsteps of “LISA”, The Amazing Thailand Ambassador, in a Journey exploring Landmarks presented in TVC: “feel all the feelings”

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 3 February 2026 - The Tourism Authority of Thailand (TAT) invites everyone to visit the Thai locations featured in its latest commercial, "feel all thefeelings", which portrays a journey through the eyes of Lalisa "LISA" Manobal, the Amazing Thailand Ambassador, showcasing the charm of Thailand through cultural and natural landmarks from various regions.
spot_img

Popular Categories