the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga lelaki dipenjara sebulan, denda RM2,000 kes kuda kepang

BATU PAHAT: Tiga lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam upacara pemujaan dikaitkan dengan video tular bertajuk “Show Puja Jin Batu Pahat” menggunakan tarian kuda kepang di Parit Raja di sini bulan lepas.

Hakim Syarie Syazwan Mohd Yusof menjatuhi hukuman tersebut selepas mendengar dan menerima pengakuan bersalah ketiga-tiga tertuduh Muhammad Suhail Suttrysono, 35, Azman Mohamed Seh, 45, dan Anuar Bandi, 40, sebaik pertuduhan dibacakan semula.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara 14 hari sekiranya gagal membayar denda serta menjalani pemantauan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selama enam bulan selepas tamat tempoh hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhail yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa melakukan upacara pemujaan mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Azman dan Anuar yang bekerja sebagai mekanik pula didakwa bersubahat dalam upacara berkenaan dengan memainkan muzik gendang, mengikut Seksyen 43(b) enakmen sama yang membawa hukuman setara dengan kesalahan utama.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan lapang sebuah rumah di Jalan Pasar, Parit Raja antara 10 malam hingga 1 pagi, 10 Ogos lepas.

Pendakwaan dikendalikan pendakwa syarie Batu Pahat Ummu Salamah Sukayat manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, tular video berdurasi satu minit di media sosial memaparkan upacara dipercayai berkaitan tarian kuda kepang yang dikaitkan dengan amalan pemujaan di Batu Pahat sekali gus mencetuskan kegusaran masyarakat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings