the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tiga pekerja kelaparan, kesejukan tiga hari terperangkap di ladang akibat banjir

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GUA MUSANG: Tiga lelaki yang kelaparan dan kesejukan akibat terperangkap di ladang kelapa sawit ketika banjir berjaya diselamatkan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata kesemua pekerja ladang terbabit diselamatkan penduduk tempatan yang turut membantu operasi mencari mereka.

Beliau berkata kawasan terbabit mula digenangi air bermula pada Selasa lepas menyebabkan enam pekerja yang berada di dalam ladang tidak sempat keluar menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun pada keesokan hari (Rabu) tiga daripada mereka berjaya keluar dengan cara berpaut pada batang kayu sebelum meredah arus deras serta berjalan sejauh lebih 6 kilometer (km) untuk mendapatkan bantuan.

“Pada hari sama juga keluarga seorang daripada mereka telah membuat laporan di Balai Polis Paloh apabila mendapati mereka tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Azizi berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bersama pihak Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan turut disertai penduduk kampung.

“Selain perlu berenang mengharungi arus deras, operasi menyelamat menjadi sukar kerana ada beberapa tempat yang memerlukan anggota penyelamat berjalan sambil mengusung bot ekoran jalan ladang mempunyai pelbagai jenis permukaan, itu sebabnya operasi menyelamat memakan masa sehingga dua hari.

“Pasukan penyelamat turut menemukan lori sawit, motosikal pekerja serta pondok yang bina selepas berenang dan berjalan sejauh lebih 2km dari Sungai Chalil pada hari kedua SAR, semalam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nurturing Heart and Liver Health: “Tong Ren Care” Brings Community Service to Campuses

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Beijing Tong Ren Tang Chinese Medicine Company Limited (“Beijing Tong Ren Tang”) (3613.HK) held its “Tong Ren Care” community health seminar last Saturday (10 October 2026) under the theme “Nurturing Heart and Liver Health with Greater Care”.

Temasek Trust and World Bank Group Forge Strategic Partnership to Advance Shared Development Priorities

BANGKOK, THAILAND – Media OutReach Newswire – 12 October 2026 – Temasek Trust and the World Bank Group today signed a memorandum of understanding (MoU) to establish a strategic partnership aimed at harnessing the complementary strengths of philanthropy and development finance to advance shared development priorities.

Most Viewed

spot_img