the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Timbalan mudir tidak mengaku bersalah mengajar tanpa tauliah di Rembau

REMBAU: Seorang timbalan mudir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas pertuduhan mengajar tanpa tauliah di sebuah madrasah di Daerah Rembau.

Muhammad Ghazalyi Othman, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim bicara Nurul Fadhlina Che Daud.

Mengikut pertuduhan Muhammad Ghazalyi didakwa mengajar agama Islam berkaitan tauhid dan tafsir di sebuah madrasah di Kampung Senama Hilir tanpa tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, antara penghujung 2022 hingga September lepas.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 53 Enakmen-Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 Pindaan 2019 iaitu mengajar agama tanpa tauliah yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Kanan Zarul Izham Jaapar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim memutuskan jaminan RM2,500 dengan dua penjamin bermaustatin di Negeri Sembilan dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 Jan depan.

Dua hari lepas, Muhammad Ghazalyi tidak mengaku bersalah mengamalkan bacaan zikir Aurad Muhammadiah iaitu perbuatan bertentangan dengan hukum syarak di tempat dan tempoh yang sama di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban .

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen-Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 iaitu perbuatan salah boleh dihukum denda maksimum RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings