the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tingkat bekalan di pasaran pastikan harga beras tempatan di Sabah berpatutan

KOTA KINABALU: Jumlah pengeluaran dan bekalan beras tempatan di pasaran Sabah perlu ditingkatkan bagi memastikan harga beras tidak naik mendadak dan sentiasa berpatutan bagi membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Berbeza dengan situasi di Semenanjung, harga beras tempatan Sabah diapungkan di pasaran dan tidak termasuk dalam kawalan harga berdasarkan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan) (No. 5) 2008.

Tinjauan di beberapa bandar di negeri ini antaranya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau hari ini mendapati bekalan beras tempatan di Sabah berkurangan berbanding sebelum ini, namun mengalami kenaikan harga daripada sekitar RM26 untuk 10 kilogram sebelum ini kepada sekitar RM37 untuk pek sama.

Penyelia sebuah pasar raya di sini, Adam Hakimi Romme, 28, berkata bekalan beras tempatan dan import pada masa ini masih ada, tetapi harga jualan beras bergantung kepada permintaan dan penawaran.

“Apabila bekalan beras kurang, permintaan menjadi tinggi, jadi harga itu akan meningkat. Dalam satu, dua minggu ini begitulah keadaannya dengan pembekal kami, bekalan yang sampai amat kurang, dalam separuh berbanding hari biasa. Jadi harganya lebih mahal,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga beras import yang meningkat pada masa ini merupakan antara sebab ramai pengguna beras itu beralih kepada beras tempatan yang seterusnya meningkatkan permintaan dan harga beras tempatan itu sendiri.

Mekanik jentera berat Mohd Hasli Juraimi, 31, berkata ramai rakyat Sabah memilih beras tempatan kerana harganya lebih murah berbanding import, namun situasi pada masa ini amat menyukarkan kerana harga beras tempatan meningkat bersama harga beras import.

“Orang Sabah ramai kurang mampu beli beras import terutama sekarang dengan harga RM48 hingga RM58 (10 kilogram). Jadi, beras tempatan menjadi harapan kami untuk makanan keluarga tetapi naik juga (beras tempatan) sampai RM37 (10 kilogram) jadi kenalah kawal harga untuk tolong orang susah seperti kami,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata pemberian subsidi untuk beras tempatan oleh kerajaan boleh meningkatkan penghasilan beras tempatan untuk menampung kekurangan bekalan beras import di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kerajaan Sabah sedang berusaha meningkatkan tahap sara diri (SSL) beras Sabah kepada 60 peratus menjelang 2030 menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya bagi memastikan bekalan beras tempatan seimbang di pasaran.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah itu berkata Negeri di Bawah Bayu mengimport 290,000 metrik tan beras pada 2021, bagaimanapun pengeluaran beras tempatan hanya pada tahap 22,000 metrik tan sahaja.

Beliau berkata Sabah memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan sebanyak RM166 juta bagi membangunkan 8,602.52 hektar sawah terbiar untuk meningkatkan enam peratus SSL beras Sabah dan RM16.91 juta untuk Program Pembangunan Padi Tanah Kering (HUMA) 18,733 hektar bagi meningkatkan SSL beras negeri 7 hingga 10 peratus.

“Selain itu usaha membangunkan jelapang padi seluas 11,000 hektar di bawah Felda di kawasan Tunku, Lahad Datu mampu menambah SSL beras Sabah antara 30 hingga 40 peratus. Bekalan baja juga perlu diurus kerajaan Sabah bagi mengelak kelewatan atau kualiti bekalan,” katanya.

Secara dasarnya Jeffrey berkata usaha kawal selia padi dan beras mampu menjadi lebih baik dan berkesan sekiranya kawal selia serta autonomi itu diberikan kepada kerajaan Sabah yang lebih memahami tentang situasi juga isu itu di negeri tersebut. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings