KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan menganjurkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada Rabu, 2 April di CIDB Convention Centre, Petra Jaya.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Tranformasi Air berkata majlis bermula dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang, terbuka kepada semua bagi meraikan sambutan Syawal bersama-sama dalam suasana penuh kemesraan.

“Lan semua kita berambeh merai Syawal bersama-sama di CIDB Convention Centre pada 2 April kelak,” katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.