• 2025-07-29 03:14 PM

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM6,714,304.20 daripada empat syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di Istana Hinggap hari ini.

Majlis penyerahan zakat ini disaksikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Lembaga Tabung Haji, diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyerahkan zakat bernilai RM4,242,779.20.

Maybank Islamic Berhad pula menyumbang RM1,100,000 melalui Penasihat Syariahnya Muhammad Ali Jinnah Ahmad. Bank Rakyat, diwakili Ahli Lembaga Pengarah Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan, menyerahkan zakat sebanyak RM871,525.

Sime Darby Property (Nilai) Sdn Bhd, diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Azmir Merican, menyumbang RM500,000.

Tuanku Muhriz kemudian berkenan menyerahkan zakat tersebut kepada Pengerusi MAINS Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. - Bernama