the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tujuh Majlis Perbandaran Tempatan diminta kenal pasti stesen bas, naik taraf laluan pejalan kaki

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh Majlis Perbandaran Tempatan di Lembah Klang telah diarah untuk mengenal pasti stesen bas dan laluan pejalan kaki ke stesen kereta api yang perlu dinaik taraf segera tahun depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Belaiu berkata arahan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet lepas, dengan semua pihak bersetuju bahawa isu berkaitan pengangkutan awam termasuk keselamatan pengguna perlu diberi perhatian sepenuhnya.

“Saya maklumkan kepada Kabinet bahawa jika kita mahu menangani kesesakan lalu lintas dan mahu orang awam menggunakan pengangkutan awam, isu-isu ini (keselamatan dan keselesaan pengguna) mesti ditangani dan jawatankuasa Kabinet bersetuju mengenainya.

“Jadi, anda boleh menjangkakan sekurang-kurangnya 100 stesen bas baharu atau lebih baik akan diubah suai atau dibina tahun depan, bersama laluan pejalan kaki ke semua stesen kereta api.

“Dengan ini, saya boleh menjangkakan akan terdapat integrasi pengangkutan awam yang lebih baik di Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang, supaya kita boleh menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam,” katanya pada perasmian simposium Keselamatan Wanita dalam Industri Transit dan Pengangkutan di Bandar Sunway, di sini, hari ini.

Loke berkata Kementerian Pengangkutan sentiasa mengutamakan keselesaan dan keselamatan pengguna yang menaiki pengangkutan awam selain berusaha melaksana dan menyiapkan projek infrastruktur lain.

Beliau berkata kementeriannya juga menerima banyak maklum balas daripada pengguna pengangkutan awam khususnya wanita mengenai keselamatan mereka, bukan sahaja di koc kereta api serta laluan pejalan kaki ke stesen, yang kadangkala berbahaya kerana keadaan yang gelap.

“Penumpang harian pengguna kereta api di Lembah Klang kini telah meningkat kira-kira 800,000 orang manakala perkhidmatan bas sebanyak 250,000 pengguna, dan ini adalah sesuatu yang perlu kita terus galakkan untuk mengurangkan kesesakan semasa, serta sebahagian daripada strategik kita untuk menangani isu rasionalisasi subsidi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings