the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tun Taib Mahmud meninggal dunia

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUCHING: Bekas Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Perkara itu disahkan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim turut mengesahkan berita tentang pemergian Abdul Taib.

“Kembalinya ayahanda Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Abdul Taib kepada penciptanya kira-kira 4.40 pagi tadi.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial milik Hanifah Hajar pagi ini.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Beliau secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014.

Setelah hampir 10 tahun memegang jawatan itu, Abdul Taib digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Jan lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’OCCITANE Malaysia’s 7th Race for Vision draws 3,000 participants, donates RM50,000 to support children’s...

L'OCCITANE Malaysia successfully hosted the 7th edition of Race for Vision, bringing together more than 3,000 participants in a nationwide movement championing eye health, inclusivity, sustainability and community connection.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings