the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Umno Johor akan bawa usul terima semula Hishammuddin

KLUANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan akan membawa usul daripada Umno Bahagian Sembrong ke peringkat tertinggi parti bagi mencadangkan agar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diterima semula dalam kepimpinan parti.

Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor berkata usul tersebut merupakan manifestasi penghargaan akar umbi terhadap bekas Ketua Umno Bahagian Sembrong itu yang banyak menyumbang kepada parti, termasuk membimbing beliau secara peribadi dalam arena politik.

“Sembrong ini bukan sekadar kawasan politik, ia tempat saya mula belajar berpolitik dan mengenal erti perjuangan. Orang yang membawa saya ketika itu adalah Datuk Seri (Hishammuddin),” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sembrong di sini hari ini.

Walaupun bekas Naib Presiden Umno itu tidak hadir dalam majlis berkenaan, katanya usul yang dikemukakan oleh bahagian tersebut mencerminkan penghargaan para ahli di peringkat akar umbi terhadap kepimpinan beliau.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat usul daripada Umno bahagian ini agar pucuk pimpinan menimbang semula penerimaan beliau dalam parti. Insya-Allah, saya akan membawa usul ini ke peringkat tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sembrong Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid memaklumkan bahawa ini adalah tahun kedua usul tersebut dikemukakan, selari dengan hasrat majoriti ahli perwakilan yang mahu melihat bekas Menteri Kanan Pertahanan itu kembali aktif dalam Umno.

“Tahun lepas kita sudah bawa usul agar penggantungan terhadap beliau ditarik balik. Ahli Umno di Sembrong jelas mahukan penggantungan itu dilepaskan tanpa syarat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pengalaman luas Hishammuddin dalam kerajaan dan parti amat diperlukan dalam usaha memperkukuh Umno, terutama ketika parti sedang menjalani proses pemulihan.

Untuk rekod, Hishammuddin digantung keahlian Umno selama enam tahun bermula 27 Jan 2023, bersamaan dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada tindakan disiplin yang diambil parti dalam proses pembersihan dalaman, yang turut melibatkan beberapa pemimpin lain termasuk bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin; bekas Ketua Penerangan Shahril Sufian Hamdan dan bekas Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings