the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan iaitu menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.

Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta, di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata berkenaan isu jaminan, pihaknya memohon mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan yang sama dalam prosiding sebelum ini iaitu RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

“Saya mohon satu tarikh sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan baki dokumen berkaitan kes ini kepada pihak pembelaan,” katanya.

Peguam Ashok Athimulan yang mewakili pasangan itu tidak membantah mengenai isu jaminan.

Hakim Rosli Ahmad kemudian membenarkan jaminan sama diguna pakai dan menetapkan 10 Mac sebagai tarikh sebutan kes.

Terdahulu, Haresh berkata pada prosiding sebelum ini pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah untuk mengemukakan satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kepada pasangan suami isteri itu.

“Pertuduhan telah difailkan, oleh itu pihak pendakwaan mohon untuk mendakwa dan mohon pertuduhan dibacakan kepada kedua-dua tertuduh,” kata Haresh.

Pada 5 Dis tahun lepas, Vivy Sofinas dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah ke atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada minggu pertama setiap bulan.

Pasangan itu juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dihalang mengganggu serta mempengaruhi saksi dalam kes ini sehingga kes selesai.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Galaxy Macau Welcomes UFC’s Epic Return This May

MACAU SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 -Galaxy Macau, together with the world's premier mixed martial arts (MMA) organisation, UFC, is thrilled to announce that the Octagon will make its highly anticipated return to the award-winning luxury resort with three consecutive days of competition from May 28 to 30, culminating in UFC FIGHT NIGHT® MACAU, live from Macau's largest indoor venue, Galaxy Arena.

Most Viewed

AIA launches AIA Voluntary Health Insurance SelectWise Scheme Elevating in-patient care at designated hospitals[1]

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 3 February 2026 - In a strategic response to customers' growing need for unparalleled medical and in-patient experience, AIA has launched the AIA Voluntary Health Insurance SelectWise Scheme ("SelectWise"), the first VHIS plan in the market to feature a dedicated medical journey.

Dusit highlights rare convergence of Michelin recognition across hotels, dining, and the culinary talent it has trained

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dusit International, one of Thailand's leading hotel and property development companies, is spotlighting a rare convergence of Michelin recognition across its hospitality ecosystem, spanning hotels, dining, and the chefs who have passed through institutions under Dusit Hospitality Education.

UBS to Debut Chan Wai Lap’s New Immersive Installation at Art Basel Hong Kong 2026

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 – As Global Lead Partner, UBS proudly presents the 2026 edition of Art Basel Hong Kong, 27-29 March 2026, drawing together collectors, curators, artists and art enthusiasts from around the world to the Hong Kong Exhibition and Convention Center.
spot_img

Popular Categories