the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wang simpanan pesara lebih RM478,000 lesap angkara pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang pesara mengalami kerugian lebih RM478,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di media sosial.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pada mulanya lelaki berusia 69 tahun itu telah berminat dengan pelaburan yang ditawarkan menerusi laman Facebook pada Julai lepas.

Beliau berkata mangsa turut diberikan pautan untuk memuat naik sistem pelaburan berkenaan selain suspek telah memberikan latihan menerusi aplikasi WhatsApp serta meyakinkan warga emas itu boleh mendapat keuntungan sehingga 300 peratus daripada jumlah saham yang dilabur.

“Justeru, mangsa telah membuat pemindahan wang simpanannya berjumlah lebih RM478,000 dengan 33 kali transaksi ke empat akaun yang diberikan oleh suspek bermula 10 Sept sehingga Selasa lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa mula curiga apabila wang yang dilabur tidak dapat dikeluarkan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Katanya masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings