the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita nyaris maut pokok hempap kereta

KAMPAR: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya di Jalan Kuala Dipang Pearl Park dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan daripada keretanya oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar tanpa sebarang kecederaan.

“Panggilan berkaitan kejadian diterima kira-kira pukul 6.55 pagi dan setibanya anggota di lokasi kejadian mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu dan operasi menyelamat kemudian digerakkan menggunakan gergaji rantai bagi memotong pokok terbabit,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 8.27 pagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings