the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga Bangladesh maut diserang gajah liar di Gua Musang

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Bangladesh maut diserang seekor gajah liar di dalam ladang Kampung Om, Pos Blau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata Md Nawsher Ali, 29, yang juga pekerja ladang ditemukan maut dalam keadaan perut terburai.

“Kira-kira pukul 5 petang mangsa bersama rakan sekerjanya telah terserempak dengan haiwan terbabit ketika dalam perjalanan pulang dari ladang.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat melarikan diri sebelum diserang haiwan itu dan terdapat kesan tapak kaki gajah berhampiran lokasi mangsa ditemukan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan terhadap mangsa.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pihak polis mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu bagi menghormati keluarga mangsa,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings