the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga emas maut, dua wanita nyaris rentung dalam kemalangan berasingan

BALING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori treler dalam kemalangan di jalan baru Kulim-Baling di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian 12.10 tengah malam tadi, mangsa Hassim Ahmad, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Kuang, dekat sini, tiba di Simpang Tiga Jerai, dan mangsa dipercayai keluar dari sebelah kiri (jalan) secara mengejut untuk masuk ke kanan jalan.

Sebuah lori treler ketika itu sedang bergerak dari Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar barang ke Pulau Pinang tidak sempat menekan brek lalu melanggar motosikal mangsa,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu motosikal mangsa terseret sejauh 10 meter dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu dan kelindan lori bagaimanapun tidak mengalami kecederaan manakala mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,“ katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di Sik, tindakan pantas dua wanita melompat keluar daripada kereta dinaiki, yang tiba-tiba terbakar, berjaya menyelamatkan nyawa mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, dalam kejadian 6.45 petang semalam di Kampung Lubuk Tualang, dekat sini, pemandu kereta jenis Perodua Myvi berusia 40-an bersama rakannya, terhidu bau hangit dari bahagian enjin kereta yang mereka naiki.

“Mereka nekad melompat keluar dari kenderaan itu untuk menyelamatkan diri sebelum kereta itu mengeluarkan api dan terbakar. Api marak dengan cepat, namun kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, sepasukan anggota BBP Sik bersama lapan anggota mengambil masa 10 minit untuk kerja pemadaman api, manakala punca dan kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings