the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wartawan hiburan Siti Nor Hafiza meninggal dunia: Suami

KUALA LUMPUR: Wartawan hiburan Siti Nor Hafiza Kamarudin yang sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia di Hospital Charing Cross, London.

Berita sedih itu dikongsikan suaminya Mohd Roshdi Ramli yang memaklumkan Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) pada Dec 28.

“Perkembangan terkini dia (Siti Nor Hafiza) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 3 petang,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Bernama melaporkan Mohd Roshdi yang masih berada di London memaklumkan keadaan kesihatan isterinya agak merosot dan membimbangkan serta tekanan darahnya juga sangat rendah.

Mohd Roshdi berkata isterinya menghidap penyakit kanser payudara yang menyerang semula selepas enam tahun bebas daripada penyakit itu.

Siti Nor Hafiza, 40, sebelum itu dirawat di Hospital Charing Cross selepas dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow semalam untuk pulang ke Malaysia selepas bercuti.

Wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media itu terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London dan berlepas bersama Mohd Roshdi dan dua cahaya mata mereka pada pertengahan bulan ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings