the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Waspada panggilan telefon pegawai farmasi palsu – JKN Kelantan

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengingatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan anggota sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai farmasi.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata perkara itu dikesan selepas Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kelantan menerima maklumat ada pihak tertentu yang membuat panggilan kepada mangsa dengan menyatakan mangsa telah melakukan kesalahan berkaitan kosmetik dan disaman pihak jabatan.

“Orang awam yang menerima panggilan itu dinasihatkan agar bertenang dan berfikir terlebih dahulu sama ada pernah atau tidak mempunyai sebarang urusan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

“Jika tiada sebarang urusan, abaikan panggilan itu dan jangan sesekali mendedahkan apa-apa maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, pasport, nombor akaun bank dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata mereka yang memerlukan sebarang semakan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan melalui talian 09-7730 586.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img