the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba pujuk penduduk enggan pindah ke PPS

KUALA BERANG: Harta boleh dicari tetapi nyawa tiada galang ganti, itu pesanan ringkas dititipkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan ‘As’ari Omar kepada penduduk yang enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menerusi tinjauan di beberapa kawasan di sini, beliau mendapati terdapat sebilangan penduduk yang enggan berbuat demikian disebabkan pelbagai alasan terutama sekali keyakinan atas pengalaman mereka berdepan banjir sebelum ini.

“Ada antara mereka yang beritahu sudah 30 tahun tinggal di sini dan ikut pengalaman, banjir sebegini hanya bertahan satu malam. Keesokan paginya air akan surut,“ katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Bukit Tok Bat di sini hari ini.

Akur dengan keyakinan itu, beliau bagaimanapun tetap menasihatkan penduduk terbabit untuk sentiasa memantau keadaan aras banjir dari semasa ke semasa dan segera berpindah jika situasi semakin tidak terkawal.

“Saya berunding tadi dengan mereka kalau boleh pindahlah kerana bimbang malam ini keadaan air semakin naik sebab tinjauan kami mendapati air dari hulu Kuala Berang masih turun ke arah pekan Kuala Berang ini,“ katanya.

Penduduk di kampung berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Suhail, berkata dia sudah bersedia dengan segala kelengkapan peribadi termasuk dokumen penting dan akan berpindah sekiranya air semakin naik.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu, berkata kawasan kediamannya ketika ini hanya digenangi air di luar pagar rumah kerana berada pada paras yang lebih tinggi, namun dia akan terus memantau paras air sepanjang masa.

“Saya juga sudah bersedia dengan nombor PPS berhampiran, kalau ada apa-apa saya akan segera berpindah,“ katanya yang baru setahun tinggal di kampung tersebut.

Bernama yang turut menyertai tinjauan JBPM Terengganu di kampung itu mendapati beberapa penduduk yang mempunyai kediaman dua tingkat masih tidak berpindah ke PPS sebaliknya bertahan di rumah masing-masing, walaupun hampir kebanyakkan kediaman telah ditenggalami air hampir ke paras bumbung.

Dalam pada itu, Hassan ‘As’ari berkata persiapan lengkap terutamanya kesiapsiagaan aset dan anggota terus dibuat menerusi gabungan kerjasama pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dalam gerak kerja penyelamatan mangsa terutamanya mereka yang berada di kawasan pedalaman.

Menerusi data oleh sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu pada 4 petang tadi, kesemua lapan daerah di negeri itu telah dilanda banjir dengan Kuala Terengganu menjadi daerah terkini berdepan musibah itu membabitkan 25 mangsa daripada empat keluarga.

Keseluruhannya, Terengganu mencatatkan bilangan mangsa sebanyak 10,199 orang daripada 2,811 keluarga yang kini ditempatkan di 125 PPS. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings