the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh guna dumbel: Keluarga masih terkejut, serah siasatan pada polis

SHAH ALAM: Keluarga seorang pensyarah wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Bukit Rimau, di sini masih dalam keadaan terkejut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata dia menerima khabar duka berhubung kejadian itu ketika sedang bekerja sekitar 8 pagi semalam.

“Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA)

“Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh,“ katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSA hari ini.

Lelaki itu berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Menurutnya jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halaman ibunya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Pelabuhan Klang petang ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Beliau berkata bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.

Mohd Iqbal berkata bertindak atas maklumat tersebut, pada 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings