the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bunuh isteri guna dumbel, lelaki direman tujuh hari

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh isterinya dengan menggunakan dumbell, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi membenarkan perintah tahanan reman terhadap lelaki yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap itu, hingga Jumaat (22 Dis) depan.

Terdahulu, suspek yang berusia 38 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam dengan memakai pakaian lokap itu, diiringi pegawai dan anggota polis pada 9.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim (gambar), sebelum ini dilaporkan berkata seorang pensyarah kolej maut dipercayai selepas dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya, akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Shah Alam awal pagi semalam.

Mohd Iqbal berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Beliau berkata bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati, terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu. -Bernama

Mohd Iqbal berkata bertindak atas maklumat tersebut, pada 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings