the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cemburu dipercayai motif wanita ditikam berkali-kali

SHAH ALAM: Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita ditikam berkali-kali sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Chi Liung, Klang, dua hari lepas, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi (gambar).

Sasikala Devi berkata siasatan awal pihaknya juga mendapati suspek berusia 44 tahun dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

“Difahamkan berlaku pergaduhan selepas mereka makan tengah hari di sebuah restoran sebelum suspek bertindak menikam wanita berkenaan berdekatan keretanya.

“Setakat ini, kita sudah merakam percakapan daripada dua saksi kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan ketika ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan seorang wanita tempatan maut akibat ditikam beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan oleh seorang lelaki, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang 18 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan pada 2.17 petang berkenaan kejadian itu, daripada seorang wanita yang menyatakan mangsa ditikam oleh seorang lelaki tempatan, yang kemudiannya membawa wanita itu menaiki kereta.

Suspek berumur 44 tahun itu kemudian telah mencederakan diri sendiri dengan menikam badannya dipercayai menggunakan pisau yang sama, sebelum polis tiba di lokasi pada 4.20 petang bagi menahan lelaki itu dan kini direman selama tujuh hari sehingga 25 Dis ini dengan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Sasikala Devi berkata pihaknya menahan empat lelaki tempatan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan sebuah stesen minyak sekitar Kuala Lumpur pada 11.55 malam, 18 Dis lalu dan merampas 110 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat keseluruhan 115,774 bernilai RM358,899 di dalam sebuah kereta serta tempat simpanan barang dalam sebuah bas ekpres.

“Kesemua lelaki berusia lingkungan 32 hingga 54 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 25 Dis ini dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam pada itu, Sasikala Devi berkata sebanyak 17,211 kes membabitkan 20,986 tangkapan individu direkodkan bagi pelbagai kesalahan bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan nilai rampasan pelbagai jenis dadah sebanyak RM136,233,674 dari Januari hingga November tahun ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings