the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Chan: Persepsi belia terhadap bidang pertanian perlu diubah

IPOH: Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu diubah bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka, sekali gus berupaya untuk “meremajakan” sektor berkenaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin (gambar).

Beliau berkata perkembangan industri pertanian negara menunjukkan kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya dalam bidang itu diambil alih oleh tenaga kerja warga asing.

“Sekiranya negara masih bergantung kepada tenaga kerja asing dan peladang yang berusia dalam bidang pertanian, dikhuatiri ketiadaan pelapis dalam bidang berkenaan dan akan membawa kesan negatif kepada kelangsungan sektor agromakanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Townhall Pemimpin Bersama Warga Agro MADANI bersempena dengan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di sini hari ini.

Sebanyak 500 belia agro yang berminat atau sedang menceburi sektor agromakanan dan keusahawanan serta kira-kira 1,000 pengunjung yang terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan hadir pada sesi itu.

Dalam pada itu, Chan berkata warga Agro MADANI merupakan penyumbang penting dalam memajukan sektor pertanian dan perikanan negara serta membantu memastikan bekalan makanan di dalam negara sentiasa mencukupi.

Beliau berkata penganjuran sesi dialog awam berkenaan merupakan satu daripada medium libat urus dan perkongsian informasi, teknologi dan inovasi serta pengalaman pemimpin terlibat dalam sektor agromakanan bersama warga belia Agro MADANI.

Program berkonsepkan santai ilmiah itu diadakan khas bersempena dengan sambutan HPPNK 2023 bertujuan mencari penyelesaian di samping memupuk minat belia negara menceburi sektor pertanian dengan pengenalan dan penggunaan teknologi yang mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan projek.

Selain itu, beliau berharap penganjuran sesi seumpama itu dapat memberi panduan, ruang dan peluang kepada mereka yang berminat terutamanya golongan belia untuk bersama-sama dalam sektor berkenaan kerana pertanian mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya dilakukan dengan betul.

“Kerajaan sentiasa memandang serius dan menawarkan pelbagai bantuan untuk memberi dorongan kepada golongan belia agar boleh merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan negara dalam industri pertanian termasuk mengeksport produk agromakanan,“ katanya.

Beliau berkata program seperti itu diharap mampu menarik minat golongan belia seterusnya menyumbang kepada kelestarian sumber agromakanan dalam negara.

Sementara itu, Chan berkata pelbagai aktiviti dan acara diadakan pada HPPNK 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata aktiviti yang diatur sepanjang HPPNK 2023 berinspirasikan Konsep Malaysia MADANI dan memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu Agro Millenia, Agro Teknologi dan lnovasi, Sejahtera MADANI dan Agro MADANI.

“Dari sudut kementerian, program yang dianjurkan menunjukkan betapa komitednya kerajaan menghargai peladang, penternak dan nelayan seterusnya menangani isu kos sara hidup rakyat dan mengambil peranan memastikan keterjaminan bekalan makan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings