the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya

GUA MUSANG: Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan keadaan cuaca panas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata ibu bapa dan penjaga juga dinasihat supaya sentiasa memantau keadaan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku ketika musim cuaca panas.

Beliau berkata setiap sekolah telah ada garis panduan terpakai dan diberikan taklimat berhubung aktiviti murid-murid dan pelajar semasa cuaca panas.

“Kami telah memberi penekanan serius berhubung perkara ini berulang kali dan meminta semua sekolah di seluruh negara patuh SOP (Prosedur Operasi Standard) sedia ada.

“Saya percaya setiap sekolah telah melaksanakan penilaian risiko terhadap semua aktiviti berdasarkan garis panduan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aktiviti murid-murid semasa cuaca panas selepas meninjau Sekolah Kebangsaan Sri Permai (JHEOA) Komprehensif 9 pada Program Jelajah Pendidikan MADANI Sekolah Murid Orang Asli, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dan Pengarah Pendidikan Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz.

Pada 16 April lepas, media melaporkan ibu bapa digalak membuat aduan jika terdapat sekolah yang menganjurkan program atau aktiviti luar bilik darjah meskipun cuaca melebihi 35 darjah Celsius di kawasan terbabit.

Aduan berkenaan boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan bagi memastikan pihaknya menyantuni dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings