the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas melampau, pembakaran hutan tingkat kes kebakaran di Sabah

KOTA KINABALU: Cuaca panas melampau dan kemarau, selain pembakaran hutan secara sengaja untuk pembersihan kebun serta membuka kawasan baharu antara punca utama peningkatan kebakaran hutan, kebun, ladang, belukar dan lalang di Sabah bulan ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan hari ini memberitahu sebanyak 277 kes kebakaran jenis itu dicatatkan bulan ini hingga semalam, angka yang amat tinggi berbanding 76 kes jenis kebakaran sama pada sepanjang bulan lepas.

“Kebakaran belukar dan lalang merupakan tertinggi bulan ini dengan 189 kes, diikuti kebakaran hutan 75 kes, dan kebakaran kebun dan ladang sebanyak 13 kes. Kesemua kes kebakaran ini mencatat peningkatan berbanding kebakaran sama bulan lepas.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebabkan atau memulakan apa-apa aktiviti pembakaran terbuka pada bila-bila masa terutama ketika cuaca panas melampau dan kemarau,” menurut kenyataan itu.

Menurut JBPM kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan, dan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Orang ramai boleh melaporkan kes pembakaran terbuka kepada JBPM di talian 999 atau Jabatan Alam Sekitar di talian 1-800-88-2727. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings