the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Daftar Pemilih Tambahan November 2023 dibuka untuk semakan

KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2023 (DPT BLN11/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari sehingga 18 Jan depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata DPT BLN11/2023 mengandungi 39,137 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2023 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Beliau berkata daftar pemilih itu juga mengandungi 4,477 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 564 orang pemilih bertukar status/kategori pengundi.

“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN11/2023 iaitu portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my.

“Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 Nov 2023, dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, diminta menyemak nama mereka dalam DPT BLN11/2023.

Beliau berkata sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN11/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” kata beliau.

Ikmalrudin berkata Borang C dan D itu juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan serta membayar fi bantahan pada waktu pejabat, pada hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN11/2023.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN11/2023 itu, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings