the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Damok serah kepada Zulfahmi tentukan masa depannya

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman (gambar) memberikan sepenuh kepercayaan kepada mentornya Muhammad Zulfahmi Khairuddin, bagi menentukan masa depan beliau pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2024.

Pelumba berusia 22 tahun yang lebih dikenali sebagai Damok itu berkata beliau bersedia untuk menyertai mana-mana pasukan, selepas pasukan MT Helmets-MSi tidak berhasrat untuk mengekalkan khidmatnya pada musim depan.

“Saya masih tunggu keputusan (Muhammad) Zulfahmi sendiri ke mana arah tuju saya, dan berharap dapat teruskan pada tahun hadapan.

“Saya secara peribadi tidak kisah mana-mana pasukan. Saya serah semuanya kepada beliau (Zulfahmi) untuk mencari tempat untuk saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Latihan Bebas Kedua kelas Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pada 21 Okt tahun lepas, MT Helmets-MSI mengumumkan Damok akan bergandingan bersama pelumba dari Brazil Diogo Moreira, dalam saingan Moto3.

Namun pada September lepas, Muhammad Zulfahmi yang juga pengurus pasukan ZK Racing memaklumkan bahawa, MT Helmets-MSi enggan meneruskan khidmat pelumba itu.

Menyentuh mengenai prestasi semasanya yang dilihat agak hambar, Damok mengakui beliau masih memerlukan masa untuk mencari keserasian dengan jentera KTM yang digunakan ketika ini.

“Sudah tentu saya nak buat kejutan, namun ramai yang menaruh harapan tinggi buat saya terutamanya pada musim pertama dalam Moto3,” katanya.

Damok menamatkan saingan Latihan Bebas Pertama di tempat ke-23 dengan catatan 2 minit dan 14.258 saat (s), manakala menghabiskan Latihan Bebas Kedua di kedudukan ke-26 dengan 2:14.598s pada GP Malaysia 2023. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings