the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Pulau Pinang tangguh, lulus satu RUU

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 17 Nov lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sepanjang persidangan itu, 77 soalan lisan, 711 soalan bertulis, dua usul serta satu rang undang-undang telah dikemukakan dan diluluskan.

Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2024 yang dibentangkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow telah dibahas dan diluluskan.

Sementara itu, Chow turut mengemukakan usul solidariti untuk rakyat Palestin atas kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel pada hari keenam sidang DUN dan usul berkenaan telah diluluskan sebulat suara tanpa bahas.

Hari terakhir persidangan hari ini turut menyaksikan usul yang dibawa Chow berkenaan pembentukan jawatankuasa tetap Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-15 dan ia disokong oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid.

Katanya Muhammad Fauzi Yusoff (PAS-Sungai Dua) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan untuk DUN Pulau Pinang ke-15.

Sementara Teh Lai Heng (DAP-Komtar), Heng Lee Lee (DAP-Berapit), Wong Yuee Harng (DAP-Pengkalan Kota), Tan Hooi Peng (DAP-Seri Delima), Joshua Woo Sze Zeng (DAP-Pulau Tikus) dan Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa.

“Tugas Jawatankuasa ini memeriksa sebarang kira-kira dan laporan Juruaudit Negara yang telah dibentangkan kepada Dewan atau lain-lain perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada Jawatankuasa ini,“ katanya.

Usul itu dipersetujui sebulat suara oleh anggota dewan dan diluluskan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings