the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dr Zaliha: Keputusan pinda terma GEG, selepas dengar cadangan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) meminda terma Generasi Penamat (GEG) kepada Orang Belum Dewasa (OBD) dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 merupakan nasihat daripada Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Menteri berkenaan Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata keputusan itu dibuat selepas cadangan yang diutarakan oleh Peguam Negara mengenai peruntukan GEG tersebut boleh dicabar berdasarkan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan hak kesamarataan.

“Bila pandangan (Peguam Negara) itu diberikan, maka kita memikirkan perkara yang paling penting sekarang ini iaitu untuk memastikan kawalan produk merokok didahulukan dan kita (KKM) tidak mahu banyak rentetan daripada perkara itu,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 KKM bersama pengamal media di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 adalah penting bagi kawalan secara menyeluruh semua produk merokok khususnya vape.

“Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan…kita juga bimbang jika kita tidak dapat melepasi dan tangani isu kelompongan, jadi kita dahulukan dulu mana yang lagi penting iaitu kita membentangkan dahulu rang undang-undang yang mengetepikan dahulu GEG.

“Bukan kita lupakan GEG dalam pengawalan produk merokok ini, tetapi kita nak memastikan undang-undang yang lebih ketat dalam pengawalan produk merokok ini. Sekurang-kurangnya anak-anak di bawah 18 tahun ini kita boleh kawal,“ katanya.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, antara lain menggugurkan peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok serta larangan merokok bagi orang yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Dr Zaliha ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok (29 Nov).

Rang undang-undang yang ditarik balik itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 12 Jun lepas sebelum dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.

Ditanya mengenai pengurangan jumlah kompaun maksimum RM1,000 kepada RM500 dalam rang undang-undang yang dibentangkan hari ini, Dr Zaliha berkata pihaknya mengutamakan penguatkuasaan pendidikan dan ia merupakan satu usaha untuk mendidik kanak-kanak untuk tidak merokok.

“Unsur-unsur mendidik ini penting, untuk kita memastikan anak-anak ini mencapai kepada negara tanpa rokok dan dia tidak hanya dengan perundangan yang kita telah sediakan. Dari sudut yang lainnya adalah dari segi pendidikan supaya ia dekat di hati.

“Ia juga ada budi bicara kalau kanak-kanak itu didapati bersalah, budi bicara juga dilakukan oleh pegawai penguat kuasa…jika mereka tidak mampu bayar, baru kita pergi ke satu peringkat lain yang kita boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk dakwa tetapi ia bukan kesalahan jenayah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah melaksanakan libat urus dengan beberapa agensi termasuk Kementerian Pendidikan untuk merancang pelan pendidikan kepada kanak-kanak yang bersesuaian dengan rang undang-undang tersebut.

“Mereka telah bersedia untuk bekerjasama dengan kita untuk melakukan (langkah) advokasi dan kempen untuk mengawal produk merokok ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings