the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Edar dadah: Penganggur dihukum penjara 60 tahun, 24 sebatan

TAWAU: Seorang penganggur dihukum penjara 60 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Metamfetamina, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Roderick Raymond Wan, 22, mengaku bersalah.

Duncan menjatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak dari tarikh dia ditangkap pada 25 Mei 2022.

Roderick didakwa mengedar 1,330.9 gram metamfetamina di depan sebuah kedai di Jalan Stephen Tan di sini pada 2.10 petang 25 Mei 2022.

Dia juga didakwa mengedar metamfetamina seberat 3,337.2 gram di sebuah bilik di Jalan Sedco Light Industrial, Batu 3 Jalan Apas di sini pada 3.40 petang hari sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Roderick didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati dia hendaklah disebat tidak kurang 15 kali.

Dalam penghakimannya, Duncan berkata terdapat peningkatan aktiviti pengedaran dadah di Tawau susulan kekerapan pendaftaran kes itu di Mahkamah Tinggi Tawau.

“Bagaimanapun, selepas mengambil kira pengakuan salah, penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh dan lebih-lebih lagi ini adalah kesalahan pertamanya, usia tertuduh dan fakta meskipun terdapat dua pertuduhan, ia berpunca daripada satu urus niaga yang berterusan.

“Memandangkan kedua-dua pertuduhan adalah sebahagian daripada urus niaga yang sama selain faktor kepentingan awam dan berat dadah, hukuman penjara hendaklah berjalan serentak manakala sebatan dikenakan secara berturut-turut,“ katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana dan Hurman Hussain manakala Roderick diwakili peguam Jhassary P Kang dan Jhesseny P Kang. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings