the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Emas Nurul Izzah di India semboyan landskap sukan negara punya masa depan cerah

KUALA LUMPUR: Kejayaan pelumba muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (gambar) merangkul pingat emas acara keirin wanita di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India semalam seakan memberikan penunjuk kepada landskap sukan Malaysia bahawa pelumba berusia 20 tahun itu mempunyai masa depan cerah pada masa hadapan.

Keyakinan itu dilontarkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang turut menyifatkan saiz tubuh badan bukanlah penunjuk terbesar dalam menentukan bakat seseorang terutamanya apabila Nurul Izzah Izzati hanya memiliki ketinggian 1.52 meter.

“Kejayaan merangkul pingat emas di ACC di New Delhi, India semalam adalah satu berita gembira buat skuad lumba basikal trek negara terutamanya Nurul Izzah (Izzati) @izzahmdasri sendiri yang merupakan kemenangan juara Asia yang pertama dalam karier beliau.

“ACC New Delhi merupakan tempat dan waktu terbaik kepada pelumba-pelumba negara untuk menonjolkan potensi sebenar mereka termasuk untuk merangkul kejuaraan Asia yang sentiasa menjadi idaman oleh semua pelumba di rantau Asia. Nurul Izzah (Izzati) menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi dan beliau mempamerkan kemahuan yang mengatasi segala-galanya,“ katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Anak kelahiran Kedah itu menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas acara keirin wanita di Kejohanan ACC apabila muncul juara edisi 2024 yang berlangsung di Velodrom Indira Gandhi mengatasi Tong Mengqi dari China yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

Dalam pada itu, Azizulhasni memuji semangat juang Anis Amira Rosidi yang tetap menampilkan kayuhan bertenaga hingga ke garisan penamat walaupun terpaksa berlumba dalam kecederaan untuk meraih pingat gangsa dalam kategori sama.

“(Manakala) buat dua pelumba adik-beradik Muhammad Shah Firdaus Sahrom @shahfirdaus95 dan Muhammad Ridhwan Shahrom @muhammad_ridwan01 pula, syabas atas usaha yang diberikan semalam. Diharap anda berdua tidak akan mengaku kalah dan akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk masa hadapan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings