the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum

KUALA LUMPUR: Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak di sini sejak November 2023.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (gambar) berkata kertas siasatan kes berkenaan telah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

“Empat anggota berkenaan direman selama tiga hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis,“ katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut sumber, dalam kejadian berkenaan peniaga air ketum dan rakannya didatangi empat lelaki tempatan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum memeriksa rumahnya.

Katanya, anggota itu kemudian menemukan 20 bungkus minuman dipercayai air ketum di dalam rumah dan kemudian meminta bayaran RM10,000 atau tindakan akan diambil terhadapnya.

“Mangsa diugut untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekiranya enggan membayar RM10,000. Mangsa kemudian berunding untuk hanya membayar RM5,000,“ katanya.

Setelah menerima wang, anggota itu berbincang dengan mangsa untuk berniaga air ketum dengan jaminannya dan beberapa hari kemudian anggota terlibat menghubungi mangsa untuk meminta bayaran bulanan sebanyak RM1,000.

Berasakan dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keempat-empat anggota terlibat yang bertugas di sebuah daerah di Selangor kini ditahan tugas.

“Siasatan dalaman juga dijalankan selari dengan dengan tangkapan yang dibuat. (Tindakan terhadap) empat anggota kini diproses untuk tahan kerja,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings