the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gelombang haba landa iraq, suhu melebihi 50 darjah Celsius

BAGHDAD: Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.

Suhu tertinggi – 51 darjah Celsius – direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Iraq kerap mengalami musim panas terik dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius, yang mendorong kerajaan kadangkala memberikan cuti kepada petugas institusi-institusinya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings