the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hampir 100 banduan dijangka terlibat PBSL di Kelantan

KOTA BHARU: Hampir 100 banduan dari Jabatan Penjara Kelantan dijangka terlibat dalam Program Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) menjelang Syawal pertama.

Pengarahnya Mat Yaacob berkata permohonan prospek (banduan) terlibat PBSL telah dihantar ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Penjara dan Lembaga Parol untuk kelulusan.

Bercakap dalam sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk sempena Ramadan di Pengkalan Chepa, di sini, beliau berkata program PBSL merupakan program di bawah kerajaan MADANI yang dilaksana secara berskala besar.

“Alhamdulillah, memang perancangan Jabatan Penjara Kelantan untuk prospek terlibat PBSL sempena musim perayaan dan permohonan itu sedang dalam proses.

“Sekiranya diluluskan, prospek akan dilepaskan secara parol dan jumlah prospek yang terlibat juga meningkat ke satu angka besar,“ katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kesesakan dalam penjara, Mat berkata pihaknya mempunyai strategi bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Kami ada strategi untuk mengawal kesesakan ini antaranya memindahkan prospek-prospek dari penjara-penjara di Kelantan ke penjara di negeri lain.

“Kesesakan di penjara merupakan satu masalah dan dapat diatasi menggunakan strategi berkenaan,“ katanya sambil menambah prospek di seluruh penjara Kelantan terdapat lebih 6,000.

Mengulas mengenai aktiviti prospek sepanjang Ramadan, beliau berkata antara aktiviti yang dilaksanakan, termasuk solat tarawih, tadarus al-Quran dan lain-lain. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings