the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hutan di R&R Bintang Hijau Sungai Rui terbakar

IPOH: Kawasan hutan bukit seluas 4.46 hektar di Hentian Rehat dan Rawat Bintang Hijau Sungai Rui, Gerik terbakar tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.27 tengah hari.

“Kita segera mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dan bantuan lori tangki air dari BBP Pengkalan Hulu ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan lalang di tepi jalan dan juga hutan di bukit setinggi 700 meter anggaran keluasan 10 ekar (4 hektar),“ katanya.

Beliau berkata pemadaman dilakukan dengan menggunakan pancutan air dari lori tangki air, pam racun serta pemerap api sehingga kebakaran berjaya dikawal dan hanya sisa-sisa kecil api masih terdapat di atas bukit.

Sabarodzi berkata operasi pemadaman ditangguhkan 7 petang tadi dan akan disambung pagi esok.

“Namun operasi pemantauan oleh anggota di lokasi masih lagi diteruskan bagi memastikan keadaan selamat dan tiada kemerebakan,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings