the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu perlu dana RM180,000 untuk pembedahan hati anak

MELAKA: Demi kasih dan sayang, seorang ibu rela mendermakan sebahagian hati untuk bayi perempuannya yang menghidap Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati, namun kini apa yang lebih membimbangkannya dana untuk menampung kos pembedahan itu masih tidak mencukupi.

Noreen Ismail, 35, berkata kira-kira RM180,000 lagi dana diperlukan Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang kini berusia setahun enam bulan untuk membolehkannya menjalani pemindahan hati di China.

Katanya, mereka memerlukan dana keseluruhan berjumlah RM250,000 dan pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk dan pada masa ini, tahap bacaan jaundis anaknya itu melebihi 300.

“Selepas menjalani beberapa prosedur, hati saya didapati sesuai untuk diberikan kepada Nur Khayla dan doktor mengatakan hanya dua peratus hati saya yang diperlukan untuknya pada pembedahan itu, manakala keseluruhan hatinya akan dibuang.

“Buat masa ini, tiada tarikh tetap diberikan untuk Nur Khayla menjalani pembedahan, namun semuanya bergantung pada dana yang berjaya dikutip sehingga mencukupi,“ katanya kepada pemberita di Taman Desa Baru, Bukit Baru di sini hari ini.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Nor Komariah Mohd Khalid Lourdes Lio, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan “Dak Nor” yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 hasil jualan amal mi siput untuk Nur Khayla melalui laman sosial TikTok selain dihadiri Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Mengulas lanjut, Noreen berkata Nur Khayla pernah melakukan Kasai Procedure sebagai kaedah pertama iaitu pembedahan membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus ke hati, namun dia tidak boleh bertahan sehingga dewasa dan tetap memerlukan pemindahan hati.

“Doktor pakar juga memberitahu keadaan Nur Khayla kini berada dalam keadaan sangat baik dan bersedia untuk menjalani pembedahan, selain peluang untuk pembedahan itu berjaya ialah 94 peratus dan peluang untuk sembuh juga adalah tinggi.

“Setiap hari saya memikirkan nasib Nur Khayla dan selagi dia berpeluang untuk sembuh sudah tentu saya sanggup melakukan apa sahaja, selain amat berharap kami berjaya mengutip dana yang diperlukan kerana mahu lihat dia sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain,“ katanya.

Sementara itu, Nor Komariah berkata dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas melihat video kanak-kanak terbabit dan merasa simpati dengan nasibnya yang masih kecil dan diuji penyakit kronik itu.

Katanya, walaupun sumbangan sebanyak RM2,000 itu tidak besar, ia diharap dapat meringankan sedikit beban mereka untuk mengumpul dana besar yang diperlukan, selain memberitahu akan meneruskan usaha menjual mi siput dan kuih raya selepas ini untuk membantu Nur Khayla.

Orang ramai yang ingin menyumbang dan mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Noreen melalui talian 018-3705480 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 569963044145, atas nama suaminya, Mohamed Khairul Idhham Khairuddin. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings