the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu: Siti Dhia keluar rumah kerana selisih faham

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil (gambar), 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas percaya anak perempuannya itu bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia ada bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka.

Menurutnya perselisihan faham itu berlaku apabila dia menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.

“Petang hari itu (Selasa) Dhia balik ke rumah kemudian saya tanya kenapa dia tak pergi ke sekolah. Cikgu WhatsApp kenapa dia tidak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar beli barang buat kejutan untuk saya.

“Mendengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat salah, kenapa buat pada hari sekolah. Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk beli barang dapur bagi penyediaan lauk berbuka puasa dan bila saya balik Dhia sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syarifah berkata dia mula rasa tidak senang hati apabila anak pertama daripada dua beradik itu masih belum pulang ke rumah selepas waktu berbuka.

“Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawannya di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya (Rabu) dia masih tidak pulang saya mula mencari di rumah kawan-kawannya tetapi semuanya tidak tahu di mana keberadaan Dhia.

“Sebelum ini Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya,” katanya.

Menurut Syarifah lagi ada rakan anaknya memaklumkan bahawa Dhia mengikut seorang lelaki yang didakwa dikenalinya melalui media sosial.

“Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang dan tambah pula ada kawan-kawan dia cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan kanak-kanak itu semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings