the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu: “Sukar nak terima Zayn Rayyan sudah tiada”

SUNGAI BULOH: Ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin (gambar), yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa mengakui sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu kini sudah tiada.

Ismanira Abdul Manaf, 28, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi perasaannya, namun menggagahkan diri untuk bercakap dengan media yang sudah berkumpul menunggu sejak 9 pagi tadi.

“Saya susah nak terima benda ini (pemergian Zayn Rayyan). Saya tak boleh tidur malam tadi. Sampai sekarang pun saya rasa Zayn Rayyan masih ada dan saya tak sangka ia akan berakhir seperti ini,” katanya dengan linangan air mata.

Seperti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Ismanira, dia turut meminta pihak polis untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, biarpun mayat anak kesayangannya telah dijumpai.

Mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu berada di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk prosedur bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Ismanira mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn Rayyan selain pihak polis, bomba dan media yang membantu mencari anaknya.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada 10 malam tadi.

Menurut Ismanira jenazah anaknya akan disolatkan di Damansara Damai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sekyen 9, Kota Damansara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings