the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu pengusaha pertanian Mukim Pasir Panjang: Tiada penganiayaan, pengusiran paksa – MB

IPOH: Dakwaan yang mengatakan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) melakukan penganiayaan dan pengusiran secara paksa terhadap pengusaha pertanian di kawasan Mukim Pasir Panjang Ulu, Daerah Perak Tengah adalah tidak benar, sebaliknya dibuat mengikut proses undang-undang.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad (gambar) berkata pihak MB Inc telah mengadakan beberapa siri rundingan secara langsung bersama pengusaha terbabit sejak 2021, selain menawarkan ex-gratia dengan kadar munasabah.

Malah, beliau mendedahkan pengusaha pertanian tanpa kebenaran itu meminta pampasan RM100,000 bagi 0.4 hektar jika mahu mereka keluar dari tanah yang diusahakan itu.

“MB Inc tidak bersetuju dengan permintaan itu dan hanya bersetuju memberikan bayaran ex-gratia sebanyak RM2,000 bagi 0.4 hektar kepada pengusaha-pengusaha tanpa kebenaran di tanah seluas 324.15 hektar,” katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 1/2024 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Saarani berkata kadar pampasan yang dituntut sangat tidak adil kepada MB Inc kerana selaku tuan rumah, badan itu perlu membayar kepada pengusaha dengan jumlah besar untuk mengusahakan tanah milik MB Inc sendiri.

Beliau berkata operasi Pembersihan Fasa 1 pada 29 Dis tahun lepas melibatkan sebahagian kecil kawasan tanaman sawit seluas 8.09 hektar daripada keseluruhan tanah pajakan melombong MB Inc seluas 324.15 hektar.

“Operasi terbabit dilakukan untuk membangunkan projek perlombongan bijih timah yang masih mempunyai potensi mineral untuk dimajukan dan bakal menyumbang hasil kepada kerajaan negeri.

“MB Inc selaku anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipertanggungjawabkan membangun dan melaksanakan aktiviti melibatkan sumber mineral negeri,“ katanya.

Saarani berkata pihaknya tidak mahu isu yang dibangkitkan itu menjadi modal oleh pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mengeruhkan lagi keadaan.

“Kita sentiasa komited mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan isu seperti ini terutamanya melibatkan pengambilan semula tanah milik kerajaan negeri.

“Begitu juga tindakan yang kita ambil terhadap peneroka tanah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) di Silver Valley Technology Park di Chemor dan Kanthan yang kita uruskan mengikut lunas undang-undang,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings