the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu stoking: KK Super Mart akan dipanggil beri keterangan – KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu siasatan berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (gambar) ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kesemua mereka akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam minggu ini.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Beliau berkata sebanyak 42 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berkaitan isu itu dan kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

“Kes masih di peringkat siasatan. PDRM menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial,” katanya.

Sabtu lepas, pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Rakyat hari ini berkata walaupun permohonan maaf sudah dibuat KK Super Mart, siasatan tetap diteruskan bagi menyiasat dan mendakwa pihak terbabit khususnya yang mengedar serta menjual produk berkenaan.

Di KLUANG, Johor, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata sebuah kilang di Batu Pahat disiasat berhubung kes pengeluaran stoking tertera kalimah Allah.

“Pihak kami menyokong semua tindakan perundangan kepada pihak berkenaan (yang terlibat) dan sedia membantu pihak berkuasa.

“Kami juga akan ambil tindakan sebaik-baiknya sekiranya agensi penguat kuasa kami diperlukan untuk serbuan atau operasi bersama … kita akan gerakkan semua agensi,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMA) di SMA Kerajaan Johor hari ini.

Mohd Fared berkata beliau mengecam sekeras-kerasnya penjualan stoking tertera kalimah Allah itu dan memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan sentimen keagamaan.

“Kejadian berkenaan kita jadikan sebagai pengajaran … kita meminta kepada semua rakyat Johor untuk terus memantau, sekali gus membantu agensi kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada kecurigaan pada hal yang berkaitan dengan masalah seperti ini,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings