the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JBPM rancang wujud FOB gerakan udara di Pantai Timur

GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) bagi pasukan gerakan udara untuk memendekkan waktu menangani kes kecemasan yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Pengarah Bahagian Udara JBPM Datuk Nazili Mahmood berkata keperluan berkenaan, bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa.

“Ketika ini JBPM masih mampu melaksanakan penerbangan sama ada dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang di Selangor dan Pangkalan Udara Wilayah Utara, Bertam di Pulau Pinang ke Gua Musang, Kelantan.

“Namun begitu, kita juga merancang untuk mewujudkan FOB di Wakaf Tapai, Terengganu kerana waktu bertindak untuk ke Gua Musang misalnya lebih kurang setengah jam sahaja,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar bantuan bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli dekat Pos Belatim di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25 anggota ditugaskan untuk menghantar 15 tan makanan kepada penduduk Orang Asli yang terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh minggu lepas.

Lima Pos Orang Asli terlibat ialah Pos Gob, Pos Bihai, Pos Balar, Pos Belatim dan Pos Simpor yang membabitkan 1,097 keluarga daripada 56 kampung.

“Kita menghantar keperluan bekalan makanan ini menggunakan helikopter kerana Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyediakan sebanyak 20.8 tan untuk diagih kepada semua penduduk terjejas.

“Helikopter Mi-17 sangat efektif dan lebih cepat, sebagai contoh jika guna laluan darat ke Pos Gob akan ambil masa hingga 15 jam, tetapi dengan helikopter tempoh perjalanan hanya 20 minit sahaja,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings