the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JCCD pantau prestasi kerja kontraktor

ISKANDAR PUTERI: Kontraktor yang menyelenggara jalan raya di negeri ini bakal berdepan tindakan tegas termasuk ditamatkan pendaftaran syarikat sekiranya tidak memenuhi prosedur operasi standard (SOP) dan syarat-syarat yang ditetapkan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh (gambar) berkata sebagai langkah penambahbaikan, kerajaan negeri menerusi Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) akan memantau prestasi kerja semua kontraktor.

“Sekiranya JCCD menerima aduan dan siasatan mendapati pihak kontraktor tidak mematuhi syarat-syarat kerja seperti bekerja melebihi tempoh masa yang ditetapkan, tidak menyediakan pelan pengurusan trafik (TMP) yang sempurna, kerja tidak mematuhi SOP serta kualiti kerja yang tidak memuaskan, JCCD boleh mengambil tindakan sama ada menurunkan taraf atau menamatkan pendaftaran syarikat berkenaan.

“Dengan penamatan pendaftaran syarikat, syarikat terbabit tidak boleh lagi menerima sebarang kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan lisan N. Saraswati (BN-Kemelah) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Saraswati ingin tahu sama ada pemantauan akan dilakukan secara berkala atau hanya selepas kerja-kerja turapan jalan siap dilakukan memandangkan terdapat sebahagian jalan yang diturap tidak rata serta bahu jalan terlalu tinggi sehingga mendatangkan risiko kepada kenderaan ringan.

Mohamad Fazli berkata pihaknya sentiasa menerima aduan daripada orang awam termasuk melalui media sosial mengenai kerosakan jalan dan prestasi kontraktor yang melakukan sesuatu kerja dengan tidak sempurna.

Beliau berkata syarikat konsesi mempunyai pasukan rondaan mereka sendiri bagi memantau setiap aduan kerosakan jalan.

“Aduan ini terbahagi kepada dua kategori. Yang pertama ialah aduan mengenai kerosakan jalan dan satu lagi aduan berkaitan prestasi kontraktor dalam melakukan sesuatu kerja sama ada isu semasa kerja dijalankan ataupun hasil kerja mereka.

“Bagi aduan rosak, sebenarnya pihak konsesi yang diberi tanggungjawab untuk menyelenggara jalan-jalan negeri dan persekutuan mempunya pasukan rondaan mereka sendiri,” kata beliau.

Mohamad Fazli berkata rondaan yang dilakukan oleh pihak konsesi jalan negeri ialah seminggu sekali untuk jalan utama, dua kali seminggu untuk jalan protokol dan jalan persekutuan sementara bagi jalan-jalan pihak berkuasa tempatan (PBT), rondaan dibuat dua kali seminggu.

“Namun begitu, disebabkan jalan-jalan yang perlu dipantau adalah panjang, ada kemungkinan besar sesuatu lokasi rosak itu tidak dipantau dalam tempoh yang lama. Ini menyebabkan kerosakan jalan itu tidak disedari,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings