the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johari: MPOB perlu jadi penanda aras global dalam penyelidikan minyak sawit

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) perlu menjadi penanda aras global dalam semua penyelidikan membabitkan sektor huluan dan hiliran minyak sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (gambar).

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan sektor perladangan untuk bekerjasama dengan MPOB dengan memanfaatkan peluang bagi mengetengahkan hasil penyelidikan seperti penggunaan bahan penanaman berkualiti yang diperoleh daripada kemajuan bioteknologi serta teknik kultur tisu.

“Industri minyak sawit memberi sumbangan penting kepada ekonomi Malaysia yang menjana pendapatan negara melebihi RM130 bilion,” katanya dalam kenyataan MPOB bersempena kunjungan beliau ke agensi itu, hari ini.

Dalam lawatan itu, Johari telah diberi taklimat mengenai peranan MPOB serta kemajuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan minyak sawit.

Setakat ini, MPOB telah membangunkan sebanyak 714 teknologi merangkumi semua sektor dalam industri sawit termasuk formulasi produk makanan dan bukan makanan berasaskan tanaman komoditi itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 233 atau 32.7 peratus daripada teknologi berkenaan telah dikomersialkan dan diguna pakai oleh kalangan industri serta usahawan tempatan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings