the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor catat pelaburan yang diluluskan RM10.6b bagi suku pertama 2023

JOHOR BAHRU: Johor berjaya mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM10.6 bilion untuk suku pertama tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mengumumkan perkara itu, beliau berkata pencapaian itu amat membanggakan seluruh Bangsa Johor dengan peningkatan tiga kali ganda berbanding suku pertama tahun lepas berjumlah RM3.2 bilion bagi jumlah pelaburan yang diluluskan.

“Insya-Allah, kerajaan negeri yakin Johor berada di landasan yang tepat untuk mengulangi pencapaian tahun 2022 iaitu menjadi negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi negara berjumlah RM70.6 bilion.

“Keyakinan para pelabur memilih Johor sebagai destinasi pilihan mereka akan membolehkan hasrat kita untuk menjadikan negeri Johor sebuah negeri maju menjelang tahun 2030 akan tercapai. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, lewat petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu turut berterima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Lee Ting Han serta semua pihak dan agensi berkaitan selain menyeru agar mereka terus sama-sama berganding bahu untuk mengulangi kejayaan tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings