the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor eksport nangka madu ke China tahun depan

ISKANDAR PUTERI: Johor akan mula mengeksport nangka madu ke China awal tahun depan, dalam usaha meneroka pasaran baharu komoditi itu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip (gambar) berkata setakat ini dua syarikat pengeluar nangka iaitu Kawan Pertanian Sdn Bhd dan CSC Sdn Bhd telah melepasi protokol dan kriteria berkaitan untuk mengeksport nangka ke negara itu.

“Dengan kerjasama dua pengusaha tempatan ini, kita akan melaksanakan penghantaran percubaan pertama eksport nangka ke China melibatkan 500 hingga 600 metrik tan yang dihantar menggunakan 100 kontena setahun.

“Sekiranya ini berjaya, ini merupakan satu peluang yang sangat besar bukan sahaja untuk negeri tetapi juga pengusaha tempatan.

“Nangka berpotensi untuk disambut baik seperti durian dan nanas memandangkan China adalah pasaran yang besar,” katanya kepada pemberita di luar persidangan DUN Johor di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Zahari (BN-Buloh Kasap) berkata kedua-dua syarikat itu turut mengalu-alukan pengusaha tempatan lain bagi bersama-sama memenuhi pasaran eksport nangka ke China.

Beliau berkata terdapat seramai 277 pengusaha nangka melibatkan tanah seluas 564 hektar dan pengeluaran 7,600 metrik tan di negeri ini.

Sebelum ini katanya Johor hanya mengeksport nangka ke Singapura, namun ia merupakan pasaran yang terhad.

Terdahulu, Zahari berkata kerajaan negeri dalam usaha merancakkan lagi aktiviti eksport produk hasil tanaman tempatan ke negara serantau dan antarabangsa.

“Ketika ini, Johor merupakan pengeksport utama produk pertanian ke negara jiran iaitu Singapura termasuklah komoditi buah-buahan, sayur-sayuran dan produk hiliran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan N. Saraswati (BN-Kemelah) berhubung apakah potensi dan tumpuan yang boleh dititikberatkan pengusaha tempatan memandangkan Johor merupakan antara pengeluar utama buah-buahan dan sayuran. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings