the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ P.Pinang keluar 384 saman dalam operasi bersepadu

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 384 saman terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan dalam dua operasi bersepadu yang dijalankan di negeri ini, semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam operasi Jalan Tengah, Bayan Baru dekat sini, sebanyak 214 saman dikeluarkan kerana tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan pelbagai lagi ksalahan.

“Dalam operasi itu, pihak JPJ Pulau Pinang turut menyita sebanyak 14 buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan tamat tempoh,“ katanya.

JPJ Pulau Pinang turut menjalankan operasi bersepadu di Plaza Tol Juru arah Utara bersama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

“Dalam operasi tersebut sebanyak 170 notis dikeluarkan oleh JPJ, 14 buah kenderaan diuji oleh JAS dan empat pemandu serta penunggang dikesan positif dadah jenis ganja oleh pihak AADK,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings