the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman sepanjang Operasi Khas Motosikal

IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini, membabitkan pemeriksaan terhadap 39,558 motosikal

Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 278 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan.

“JPJ Perak telah menyita motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Saya juga ingin tegaskan JPJ tidak merampas motosikal tetapi menyita bagi maksud menghentikan kesalahan berulang dan berisiko tinggi yang boleh menjurus kepada kecederaan parah dan kemalangan maut,” katanya pada sidang media di Bangunan JPJ Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata motosikal yang telah disita boleh dituntut pada bila-bila masa selepas dokumentasi dan kes kesalahan diselesaikan oleh pemilik motosikal.

“Motosikal yang telah disita boleh dituntut seawal sehari dari tarikh sitaan namun ia turut bergantung kepada proses dokumentasi yang perlu dilengkapkan oleh pemilik motosikal berkenaan,” katanya.

Mohammad Yusoff berkata modus operandi yang dijalankan dalam operasi tersebut adalah menerusi kaedah audit pematuhan di lampu isyarat, sekatan jalan raya dan ‘snap check’ yang melibatkan laluan utama penunggang motosikal.

“Kaedah yang diguna pakai ini adalah bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dan operasi, selain memupuk perubahan tingkah laku pemandu agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya, akan dipertingkatkan secara berterusan,” katanya.

Selain itu, katanya sebanyak 78 kenderaan pelbagai jenis akan dilelong pada 31 Oktober ini di pekarangan JPJ negeri.

“Bagi yang berminat boleh mendapatkan dokumen lelongan dan hadir untuk pemeriksaan pada 23 hingga 27 Oktober ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui media di portal JPJ Perak,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings