the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jualan Agro Madani catat jualan RM93.7 juta pada 2023

KUALA LUMPUR: Program Agro Madani anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sepanjang tahun lepas mencatatkan nilai jualan RM93.7 juta dengan membabitkan penyertaan 74,800 usahawan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata program Jualan Agro Madani dianjurkan sebanyak 5,608 sesi, iaitu melebihi sasaran 5,000 sesi dan berjaya menarik 2.9 juta pengunjung di sepanjang penganjuran program berkenaan.

“Program ini secara tidak langsung telah meningkatkan pendapatan pengeluar yang dapat menjual barangan atau hasil pengeluaran mereka terus kepada rakyat tanpa melalui orang tengah.

“Impaknya kepada masyarakat umum, kita berjaya memberikan penjimatan harga barangan sebanyak RM27.8 juta kepada lebih kurang 11.6 juta isi rumah di seluruh negara,” katanya dalam ucapan pada Majlis Perasmian Jualan Agro Madani Mega di sini hari ini.

Arthur berkata susulan sambutan mengalakkan, kementerian meneruskan serta memperluaskan pelaksanaan program Jualan Agro Madani kepada sasaran 5,000 sesi jualan menjelang Oktober 2024.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mahfuz Omar berkata penganjuran program Jualan Agro Madani Mega ini mampu menjadi platform pertemuan antara usahawan untuk memperkenalkan produk masing-masing terus kepada pemain industri.

“Sekarang kita cuba untuk mempertemukan mereka iaitu pemain industri dengan usahawan-usahawan baharu yang lahir dan dibimbing oleh LPP, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), supaya mereka berpeluang untuk memasarkan produk mereka,” katanya.

Pada majlis itu turut berlangsung Majlis Pertukaran Nota Kerjasama antara LPP dengan Jabatan Penjara Negara berkenaan latihan kemahiran kerjaya dalam bidang pertanian.

Mahfuz berkata menerusi kerjasama itu, LPP menyediakan peruntukan kepada Jabatan Penjara Negara untuk menjalankan latihan, kemahiran dan tunjuk ajar mengenai sektor pertanian kepada banduan yang berada di penghujung tempoh tahanan.

“Kita telah mengadakan kerjasama ini di Labuan, Kuala Krai dan Perlis serta dalam perancangan empat penjara lain. Insya-Allah kita menggalakan program seperti ini supaya mereka dapat dibantu. Selepas ini kita juga akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“…. kerjasama ini membolehkan mereka memperoleh sijil kemahiran selepas mengikuti latihan dan apabila memperoleh sijil ini, banduan yang masih muda berpeluang menyambung pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings